Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

What is CoQ10? What do CoQHealth Plus Shaklee Offers?

This morning, i accompanied my husband to a clinic due to experiencing fatigue since a few days ago. After getting some prescription (actually she's giving us some supplements - vitamin c and multivitamin!), i tried to search for more information on other supplement that could also help to overcome the problem.
Then i come across this term - CoQ10

What is CoQ10?

Coenzyme Q10 (CoQ10) is an antioxidant that is made in the human body. CoQ10 is needed for basic cell function. CoQ10 levels decrease with age and may be low in people with cancer, certain genetic disorders, diabetes, heart conditions, HIV/AIDS, muscular dystrophies, and Parkinson's disease. Some prescription drugs may also lower CoQ10 levels.
Promising uses of CoQ10 include eye disease, chest pain caused by exercise, asthma, chronic fatigue, and high cholesterol, as well as the treatment of chemotherapy side effects in children.

Why is CoQ10 important?

CoQ10 has the potential to vastly improve human health. It can help you …

Suplemen : Satu Pembaziran?

Suplemen : Satu Pembaziran?
Salam/selamat sejahtera..
Apa khabar semua? Tergerak hati untuk menulis hari ini setelah saya terdengar satu kenyataan saya rasa kurang tepat mengenai pengambilan suplemen iaitu pembaziran wang. Adakah kita benar-benar yakin bahawa melaburkan sedikit wang untuk membeli suplemen itu adalah membazir? Bagaimana pula dengan pembelian insurans nyawa atau medical card? Adakah itu termasuk dalam istilah pembaziran juga? Bagaiman pula dengan pelaburan kita membeli barangan penjagaan kecantikan, adakah itu pembaziran juga? Bagaimana pula dengan pembelian kasut-kasut atau beg tangan berjenama terkemuka? Saya tinggalkan semua persoalan ini kepada anda untuk menjawabnya.
Kalau produk-produk yang dibeli tetapi kemudiannya tidak digunakan, ya itu saya setuju bila diistilahkan sebagai satu pembaziran. Tapi di mana pembazirannya jika ianya adalah untuk usaha kita menjaga kesihatan diri dari dijangkiti penyakit? Di mana pembazirannya jika dengan pengambilan suplemen yang b…

Alkisah Gout

Apakah Penyakit Gout?



Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.
Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah? Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat. Kajia…

Boikot dan Sumber Alternatif Kita

 *Berikut adalah pendapat persendirian saya dan saya tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau mana-mana individu terbabit. Saya hargai setiap pendapat anda berkaitan tragedi ini dan saya juga turut berharap agar keamanan segera dapat dikecapi oleh setiap manusia di dunia.

Salam/salam sejahtera semua.

Rasanya hampir seluruh dunia mengecam kezaliman rejim zionis ke atas penduduk-penduduk awam Gaza seolah-olah pertempuran kali ini adalah di antara rejim zionis dan penduduk-penduduk awam Gaza, bukannya dengan tentera Hamas. Walaupun pelbagai pihak datang dengan pendapat dan sokongan masing-masing, tetapi atas dasar kemanusian, ramai yang turut bangun membantah kezaliman ke atas penduduk-penduduk awam ini. Tidak kurang juga ramai yang turut menyumbangkan bantuan kemanusian kepada mangsa-mangsa peperangan atas dasar kemanusiaan.


Pada saya cukuplah gambar-gambar ngeri serta menyayat hati yang dipamerkankan di facebook, instagram dan media sosial yang lain membuktikan bahawa peperangan tidak …