Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Ketahui 7 Tanda-Tanda Awal Kemungkinan Anda Mengidap Diabetes

Bismillahirrahmanirrahim..

Penyakit kencing manis ataupun Diabetes Melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.



Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes je…

Makanan tambahan / Suplemen untuk Dicadangkan Untuk Mengatasi Masalah Kulit Agar Tampil Flawless Tanpa Make Up

Bismillahirrahmanirrahim..


Makanan tambahan / Suplemen untuk Dicadangkan Untuk Mengatasi Masalah Kulit Agar Tampil Flawless Tanpa Make Up

Rawatan semula jadi untuk masalah kulit biasanya merangkumi penggunaan makanan tambahan tertentu - vitamin dan mineral yang disasarkan bukan sahaja untuk membantu menangani punca masalah kulit tetapi juga terlibat secara langsung dalam proses penyembuhan.


■ Zinc merupakan mineral penting yang digunakan untuk penyembuhan luka dan fungsi normal kelenjar minyak kulit. Ia juga terlibat dalam penyelenggaraan tahap vitamin A, sintesis kolagen, dan untuk membantu mengekalkan keseimbangan hormon.


 ■ Beta-karotena berubah menjadi vitamin A dalam tubuh. Kedua-dua nutrien bertindak sebagai antioksidan kulit, dan mungkin dapat membantu dalam merawat jerawat, keadaan masalah kulit yang lain dan juga penyembuhan luka.

 ■ Vitamin A adalah vitamin yang kuat untuk rawatan dan penyembuhan kulit yang berjerawat.

■ Laktoferin menggalakkan keseimbangan mikroflora usus dan me…

8 Tips Untuk Mencegah Badan Dari Dehydrated Semasa Berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim..

8 Tips Untuk Mencegah Badan Dari Dehydrated Semasa Berpuasa
1.Minum 2 gelas air masak ketika bersahur. Elakkan minuman manis untuk mengelakkan berat badan naik ketika bulan puasa ni lak.
2.Pilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, timun, tebu dan seumpamanya.
3.Minum air secara berlebihan ketika berbuka bukanlah satu pilihan yang bijak. Perut kemungkinan akan berasa kembung dan tidak selesa. Minum lebih banyak ketika bersahur, namun elakkan minum secara berlebihan ya!
4.Kurangkan minum minuman yang bersifat diuretic, selalunya mengandungi caffeine seperti kopi, teh, milo, kola dan sebagainya.
5.Berbukalah dahulu dengan 2 gelas air masak dan buah tamar. Kerana buah tamar mengandungi tahap glukosa semulajadi yang tinggi, selain nutrisi lain yang penting pada kesihatan kita. Nutrisi ini mampu memullihkan tenaga badan kita setelah seharian berpuasa.
6.Bawak air masak dalam botol dan bawa ke mana anda pergi. Mungkin semasa berterawikh,…

Kenalpasti 4 Gejala Badan Kekurangan Kalsium Bagi Wanita Agar Tidak Terlewat Untuk Pemulihan

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalsium merupakan mineral yang biasa kita dengar ketahuinya kepentingannya. Kebanyakkan sumber kalsium ini adalah dari sumber tenusu dan kacang soya. Namun tidak ramai yang mengambil berat akan pengambilannya atas sebab tidak mengemari sumbernya. Tapi tahukah anda, kesan dari kekurangan kalsium yang berlarutan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kritikal?





Kenalpasti sekiranya diri kita mengalami 4 gejala penting ini untuk memastikan diri masih belum terlewat untuk pemulihan:

Tanda # 1: Kekejangan otot

Kekejangan otot boleh menjadi tanda awal bahawa anda sedang mengalami gejala kekurangan kalsium yang berterusan. Jenis kekejangan ini biasanya berlaku pada waktu malam, terutama di kaki.
Ini adalah masalah yang selalu dialami oelh wanita hamil. Menyangkakan ini adalah kerana badan sedang menyesuaikan diri kerana sedang hamil, menyebabkan ramai wanita tidak mengendahkan gejala ini, dan ada yang menyangkakan ini deisebabkan kaki mereka sejuk. Kesakitan yang…

20 Tip Kurus Ramadhan Oleh Kevin Zahri : Part 3 - Tips Senaman

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam semua..pagi ni kita sambung 4 lagi tips untuk kuruskan badan dalam bulan puasa yang dikongsikan oleh fitness celebrity Kevin Zahri. Kali ini fokus pada tips untuk senaman:

11. Waktu Terbaik Untuk Membakar Lemak

Dalam 1 jam sebelum berbuka dengan senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog atau brisk walk (ikut kemampuan individu).

Panduan : Untuk pastikan anda dalam lingkungan 65% heart rate, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercungap-cungap.


12. Tak Nak Senam Boleh?

Ok jugak tu. Saya sendiri biasanya akan kurangkan senaman atau berhenti terus bersenam sepanjang bulan Ramadhan. Ini untuk rehatkan badan yang aktif sepanjang tahun dan membolehkan badan membaiki segala wear and tear.

Ingat : World class athletes pun ada off-season jadi tak salah untuk shut-off from segala aktiviti kecergasan dan fokus mungkin beri lebih tumpuan pada amalan rohani dalam bul…

Bagaimana Mahu Order Shaklee Secara Online Walaupun Anda Bukan Ahli Berdaftar (Pengedar Bebas) Shaklee?

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam semua..hari ni hari ke-7 kita berpuasa., Alhamdulillah.
Sedikit sebanyak badan kita pun dah mula dapat sesuaikan diri sengan perubahan cara pemakanan kita semasa berpuasa ni.

By the way, tahu tak yang anyone yang bukan ahli berdaftar Shaklee boleh terus membeli produk Shaklee secara online tanpa berurusan dengan mana-mana Pengedar Bebas Shaklee?

Aplikasi ini dinamakan Shaklee esell.



Aplikasi ini dihasilkan bagi memudahkan pelanggang melakukan pembelian segera (selalunya untuk pengguna setia produk Shaklee) tanpa menerusi Pengedar Bebas Shaklee. Hanya klik pada pautan yang diberikan oleh Pengedar Bebas Shaklee, dan anda akan disambungkan terus ke website Shaklee untuk proses pembelian. Buat masa ini, urusniaga adalah menggunakan Kad Kredit dan juga Kad Debit. Sangat mudah kan? Urusniaga juga selamat kerana transaksi dilakukan dalam website rasmi Shaklee, buka medium perantaraan.

Sebagai contoh, di blog saya. Saya ingin mempromosikan Energizing Soy P…

20 Tip Kurus Ramadhan Oleh Kevin Zahri : Part 2 Tip Berbuka

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam semua.. kali ini kita sambung lagi 5 lagi tips daripada 20 tips kurus Ramadhan oleh Kevin Zahri.

6. Bermula Dengan Kurma Tapi..


Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk membolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga kaya dengan potassium untuk membantu menstabilkan bendalir badan setelah seharian berpuasa.

7. The 20 Minutes Rule

Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang harus mengambil masa selama 20 minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20 minit, kebarangkalian besar anda akan makan secara berlebihan. Jadi makan dahulu dan faham bahawa rasa kenyang datang kemudian (selepas lebih kurang 20 minit kemudian). Pendek kata, berhenti sebelum kenyang.

8. Target Kalori Dalam 700 kcal

Target pengambilan kalori untuk berbuka adalah dalam lingkungan 700 kcal. Tapi tak kiralah betapa sedapnya muih-muih dan manisan yang disediakan, bermulalah dengan hid…

20 Tip Kurus Ramadhan Oleh Kevin Zahri : Part 1 Tip Mudah Sahur

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam semua..sedar tak sedar dah hari kelima dah kita di dalam bulan yang penuh barakah ini..Mudah-mudahan amalan kita diberkati olehNya.



By the way, hari ni saya nak share tip kurus dari seorang profesional dalam bidang kesihatan dan kecergasan ini, especially pada mereka yang memang dah lama nak kuruskan badan. Siapa lagi kalau tidak Kevin Zahri kan?  Berikut adalah tips yang beliau kongsikan dengan semua pembaca agar lebih bersemangat untuk kuruskan badan dalam bualan puasa ini. Saya akan bahagikan tips beliau kepada 4 bahagian. So kali ini, saya kongsikan tips untuk bahagian pertama dahulu : Part 1 Tip Mudah Sahur.

1. Karbo Kompleks

Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur, kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan. Contoh sumber makanan ini adalah seperti roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks). Manfaat indeks glisemik re…

Destinasi Cuti Sekolah : Teratak Za'ba di Negeri Sembilan

Kesempatan pulang ke kampung suami di Negeri Sembilan kami ambil peluang untuk melawat ke Teratak Za'ba yang terletak dalam kawasan Batu Kikir, menghala ke pekan Bahau. Semua maklum yang Za'ba adalah seorang pejuang bahasa termasyhur di megara kita. Dengan berkunjung ke Teratak Za'ba kita berpeluang untuk mengenali perjuangan belia dengan lebih lanjut lagi. Senibina kediaman Za'ba ini juga cukup menarik dengan seni tradisi minangkabaunya dari luar, dan berpeluang untuk mengunjunginya adalah peluang keemasan yang tak harus saya lepaskan. Sebelum itu, apa kata kita refresh dahulu latar belakang pejuang bahasa ini: Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba) telah dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir Jempol Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 16 September 1895 bersamaan 26 Rabiul Awal 1313 H. Ibunya bernama Intan Awaluddin dari keturunan Bugis yang membuka Kampung Linggi ketika itu. Bapanya terkenal di kampung beliau kerana pengetahuan agamanya dan beliau satu-sat…

Tips Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Efektif Ketika Berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim..

Sempena bulan Ramadhan ni, selain dari kita nak borong semua pahala-pahala yang banyak, ramai juga yang berniat untuk turunkan berat badan masing-masing. Tapi kalau silap cara, bukan berat tak turun, malah makin naik. Antara sebabnya, semasa berpuasa metabolism badan kita menjadi lebih rendah dari biasa, oleh itu pembakaran tenaga oleh badan kita juga lebih rendah berbanding biasa. Ketika berbuka pula, dengan pelbagai juadah terhidang depan mata, agar sukar untuk mengawal selera makan dan akhirnya ramai yang terbabas dari niat asal untuk turunkan berat badan.  Akhirnya dari nak turunkan berat badan, semakin naik pula..


Sebenarnya tips ni saya jumpa masa tengah google pasal tips untuk turunkan berat badan. Sekali terserempak dengan website ni, memang informative sangat. Website ni dalam English so untuk rumusan dalam BM kat sini sedikit sebanyak info yang dikongsikan:


1. Pilih untuk makan makanan pada kalori yang betul Ambil makanan pada kalori 1200-hingga-2…

Tips Kekal Cegas Dan Bertenaga Ketika Berpuasa Supaya Tidak Lemah Longlai Dengan Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..

Macam mana first day puasa ni? Ada yang terkulai lesu ke atau yang kekal bersemangat hingga ke petang? hehehe walau apa pun first day untuk perkara apa pun memang agak mencabar, tapi bila badan kita dah get immune nanti, rileks je rasa..

By the way, hari ni nak share ada 2 produk Shaklee yang memang ramai akan stock up untuk bulan puasa ni, iaitu Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink.

Kenapa Energizing Soy Protein (ESP) ya? Sebabnya formulasi dalam ESP yang mampu membekalkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama. Sebab tu mereka yang tengah berdiet suka jadikan ESP ni jadi sebahagian dari rutin harian mereka. Dah la ESP boleh bekalkan tenaga kat badan kita supaya tak la lembik je bila tengahari..selain tu ESP gak rendah indeks glisemik, which means rendah kalori gak.. Kenyang lama dan rendah kalori, sapa tak nak kan? itu belum citer pasal bonus dari comsumption ESP ni..dah ramai yang komen kulit diorg dari berminyak, berparut …

Cara Pengambilan Suplemen Ketika Berpuasa Agar Badan Sentiasa Bertenaga Sepanjang Hari

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, esok Insyaallah sekali lagi kita berada dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah-Nya. Badan kita diberikan rehat setelah 11 bulan berhempas pulas menghadamkan makanan sepanjang hari untuk membekalkan tenaga untuk diri kita. Puasa, puasa jugak, suplemen jangan dilupakan, ya! Ketika puasa juga, badan kita tetap memerlukan tenaga bahkan lebih lagi tenaga untuk memudahkan kita berterawih pada malam hari nanti.. =) Ada customer yang PM saya tanya macam mana nak makan beberapa jenis suplemen beliau ketika berpuasa.

Berikut sekadar perkongsian saya dalam pengambilan suplemen ketika berpuasa, mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mahu mengambil suplemen ketika berpuasa. Selalunya saya membahagikan suplemen saya kepada 3 bahagian; sahur, berbuka dan sebelum tidur.


Sebagai contoh, saya sedang mengambil ESP, Performance Drink,Alfalfa Complex, Lecithin, Ostematrix dan SR Vita C Plus.
Aturannya;
Sebelum bersahur saya akan ambil Alfa…

Destinasi Cuti Sekolah : Grand Lexis Port Dickson (Water Chalet)

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam semua..sebenarnya ni entry lama, tahun lepas lagi tapi pending tak publish gak hehehe
So entry ini sekadar untuk perkongsian maklumat bersama, especially bagi mereka yang tengah survey nak bawak anak-anak bercuti. Ni first time kami ke Grand Lexis. Nak try water chalet katanya..Masa ni hibiscus water chalet tu tak siap lagi. Insyaallah kalau ada rezeki kami ke sana, akan kami share review kami yang seberapa ni. Normally orang suka tengok keadaan bilik n facility dulu sebelum booking. Maklumlah, kadang-kadang dalam website tak sama keadaanya berbanding keadaan sebenar. So, kat sini saya ada share sedikit view yg sempat saya snap:










Untuk rate bilik, boleh rujuk terus kat website hotel ni terus. Kalau nak lagi better rate, boleh survey kat Agoda, Groupon, Trivago ke..

Cukuplah setakat ni, rate kami memang 5 star, sebab kami pun bukan demanding sangat hehehe janji anak-anak happy dan kami pun boleh rehat-rehat sama. Room service kami tak amik sebab seman…

Destinasi Cuti Sekolah : Grand Lexis Port Dickson (Garden View)

Bismillahirrahmanirrahim..

Normally bila tiba cuti sekolah, mesti ramai yang sibuk google untuk survey tempat percutian mana yang menjadi pilihan mereka. Pastinya untuk anak-anak bergembira sambil ibu bapa pula berehat dari bebanan kerja di pejabat.

Bagi mereka yang berniat untuk bercuti ke Port Dickson, di sini saya kongsikan sedikit review berdasarkan pengalaman kami sekeluarga bercuti ke sana.  Grand Lexis ni terletak dekat-dekat area Lukut, bersebelahan dengan Lexis dan Glory Beach Resort. Dengar citer kat Glory Beach Resort tu ada sanctuary penyu..tak pernah gi lagi..

Grand Lexis ni ada chalet atas air dan garden view gak. Hari tu kami dah pegi yang chalet atas air, so kali ni memang nak try yang garden lak. Lagipun nampak yang garden view ni lagi tertutup poolnya, so orang dari luar memang tak leh nampak..

untuk rate bilik, boleh terus rujuk pada website rasmi diorang. Nak lagi ekonomi sila guna Agoda, Groupon dan seumpamanya. Memang dapat jimat banyak =D

Diingatkan percutian k…

6 Tips Untuk Ibu Hamil Tidur Lena Sepanjang Malam Untuk Elakkan Kelesuan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam tempoh kehamilan, tidur yang cukup merupakan satu keperluan yang penting pada wanita hamil. Ini baik untuk kesihatan fizikal dan mental si ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Namun ada kalanya ibu hamil agak susah untuk tidur lena atas beberapa faktor antaranya ketidakselesaan posisi tidur, kekurangan nutrisi tertentu malahan juga gangguan emosi. Berikut saya kongsikan beberapa tips bagi membantu ibu hamil mendapatkan tidur yang lena dari pengalaman saya dan rakan-rakan yang lain:
1.Kurangkan pengambilan minumam berkafein untuk mengelakkan dari ibu sukar untuk lelapkan mata. Contoh minuman berkafein dalah seperti kopi, teh, Coke, dan juga Milo.
2.Lebihkan minum air pada waktu pagi dan tengahari, dan kurangkan apabila menjelang senja ke malam. Ini kerana untuk mengelakkan si ibu kerap terbangun dari tidur untuk ke bilik air.
3.Elakkan makan makanan berat dan pedas sebelum tidur (i.e makan malam). Makanan berat dan pedas menggalakkan si ibu mendapat pedi…

6 Tips Bagaimana Untuk Mengelakkan Kaki Kejang (Leg Cramp) Dalam Tempoh Kehamilan

Bismillahirrahmanirrahim..


Mengapa kaki kejang sering berlaku kpada wanita ketika kehamilannya?
Ini berlaku kerana otot-otot kaki ibu hamil menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat, dan ini memberi tekanan kepada otot-otot kaki. Akibatnya, otot-otot kaki yang keletihan akan menegang dan kejang, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Kesakitan ini boleh menyebabkan ibu hamil kerap tersedar daripada tidur pada waktu malam akibat kesakitan kaki kejang ini.
Apakah yang patut dilakukan ketika kaki sedang kejang?
Banyak tips yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang pernah hamil dan mendapat masalah kaki kejang seperti ini. Akan tetapi satu tip yang paling senang dan paling berkesan pada saya adalah dengan cara ini:
1.Luruskan kaki secara melunjur.
2.Dengan menggunakan tapak tangan (minta bantuan suami atau keluarga kerana baby bump menghalang ibu hamil dari terus membongkok), tolak semua jari kaki ke arah badan ibu.
3.Ulangi proses ini beberapa kali sehingga kejang itu reda…