10 Tempat Menarik Untuk Dikunjungi di Kuala Kangsar

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Saya berasal dari Manong, dalam daerah Kuala Kangsar. Sebagai anak Kuala Kangsar, berbangga rasanya untuk saya mempromosi tempat-tempat menarik di sini. Berikut saya kongsikan 10 tempat menarik untuk dikunjungi di Kuala Kangsar:
 
1) Masjid Ubudiah
 
 
Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. 
 
Untuk maklumat lebih lanjut, klik pautan ini : https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Ubudiah,_Perak
 
2) Istana Kenangan / Kuning
 
Istana Kenangan adalah satu struktur kayu yang menarik di Kuala Kangsar, kini menempatkan Muzium Diraja Perak. Juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas, Istana Kenangan adalah tidak jauh dari Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah. Istana Kenangan telah dibina di sekitar masa yang sama dengan Istana Iskandariah. Selepas bencana daripada Banjir Besar tahun 1926, apabila istana asal, Istana Sri Sayong, hampir hanyut, keputusan telah dibuat untuk membina sebuah istana baru yang ada di kawasan yang lebih tinggi. Istana Kenangan dibina sebagai makam untuk sementara Allahyarham Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah), sementara menunggu selesainya Istana Iskandariah berhampiran.
 

Untuk maklumat lebih lanjut, klik pautan ini : http://www.exploring-malaysia.com/perak/kuala-kangsar/istana-kenangan.htm
 
3) Istana Iskandariah
 
Istana Iskandariah terletak di Bukit Chandran, Kuala Kangsar, berhampiran dengan Istana Ulu, Istana Kenangan dan Masjid Ubudiah. Ia adalah kediaman rasmi Sultan Perak. Gaya Moor Istana Iskandariah telah dibina pada tahun 1926 selepas banjir besar pada tahun yang sama yang hampir menghanyutkan istana asal, Istana Sri Sayong, yang terletak di tepi sungai. Pada tahun 1984, istana telah dilanjutkan dengan bangunan tambahan bagi menempatkan Dewan Banquet (Dewan Santapan dan Fungsi Istiadat Hall (Balai Rong Seri).
 
 
Untuk maklumat lebih lanjut, klik pautan ini : http://www.exploring-malaysia.com/perak/kuala-kangsar/istana-iskandariah.htm
 
4) Galeri Sultan Azlan Shah
 
Azlan Shah Galeri Sultan telah dibuka secara rasmi oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 9 Disember 2003. Sebelum ini, istana, yang dikenali sebagai "Istana Hulu" atau "Istana Kota" yang terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Ia dimiliki oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini telah diduduki oleh anaknya, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, ia telah diduduki oleh cucunya, Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke-32 (1948-1963).
 
 
Untuk maklumat lebih lanjut, klik pautan ini : http://mpkkpk.gov.my/en/galeri-sultan-azlan-shah
 
5) Lembah Sg. Perak
 
Kat sini, bagi sapa-sapa nak try laksa kuale dan cendol, boleh pilih mana-mana gerai untuk cuba. Deretan kedai makan juga ada menjual pelbagai resipi tempoyak yang pastinya memikat selera anda. Selain itu terdapat banyak gerai hasil kraftangan warga tempatan seperti hasil buluh, rotan, labu sayong, mengkuang dan macam-macam lagi.
 
 
 
6) Arena Square
 
Yang ni ala-ala uptown Kuala Kangsar..terdapat pelbagai jualan dari makanan sampailah pakaian, Memang rambang mata. Kadang-kadang kalau ada event macam ceramah ke dan seumpamanya, pun dibuat di Arena Square ni.
 
 
 
7) Perusahaan Labu Sayong
 
Kalau melawat ke Kuala Kangsar, memang tak sah kalau tak bawak ole-ole labu sayong ni..Ada yang size miniture ada yang saiz besar boleh simpan air masak. Harga pun berpatutan. Banyak dijual di kedai-kedai cenderamata sekitar Kuala Kangsar tapi kalau nak feel lebih gi terus kat tempat perusahaan labu sayong ni. Ada banyak tempat tapi kat sini saya bagi contoh satu ye..ikuti link ini : http://labusayongpayalintah.blogspot.com/p/labu-hiasan-cenderahati.html
 
 
8)  Hutan Lipur Ulu Kenas
 
Antara pusat rekreasi paling popular di Kuala Kangsar. Tak nak citer banyak, boleh ikuti link ini : http://www.kakikuala.blogspot.com/2011/09/hutan-lipur-ulu-kenas-destinasi-mandi.html
 
Memang best!!
 
 
 
 
9) Jambatan Victoria
 
 
 

Jambatan Kereta Api Victoria menjadi saksi bahawa di Pekan Karai telah pesat membangun kerana terdapat beberapa tinggalan bangunan kuarters yang telah dibina pada zaman itu. Menjelang tahun 1897, pembinaan jambatan tersebut mula dilaksanakan. Bagaimana pun jambatan itu tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana berlaku banjir besar ketika itu. Banjir yang melanda telah menyebabkan air Sungai Perak naik mendadak dan melimpah sehingga ke tebing. Kemudian, jurutera yang bertanggungjawab telah mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan ditunda. Sehingga tahun 1900, ia telah siap dibina dengan hasil yang amat kukuh sehingga ke hari ini.
 
Untuk maklumat lebih lanjut, klik pautan ini : http://kakikuala.blogspot.com/2011/10/jambatan-viktoria-jambatan-keretapi.html

 
10) Syamille Agrofarm & Resort
 
Ini antara tarikan pelancongan terbaru di Kuala Kangsar. Pada awalnya dibina sebagai hobi dan tempat percutian peribadi, Syamille Agrofarm & Resort merasakan pengalaman dan ketenangan bercuti di pinggir kaki bukit hutan dara ini perlu dikongsi bersama. Apa yang bermula sebagai tempat ladang agrikultur dan penternakan persendirian, sedikit demi sedikit menjadi percutian berinspirasikan alam semulajadi. Penginapan demi penginapan mula dibina sekitarnya tanpa mengusik lumrah alam sehinggalah akhirnya dibuka untuk semua pengunjung. Hasilnya, satu siri percutian yang baru lagi unik terbentuk, dikenali sebagai agropelancongan.
 
 
 
Untuk maklumat lebih lanjut, klik pautan ini : http://www.syamille.com.my/
 
 
Untuk sebarang konsultasi produk Shaklee, sila hubungi:
 
Nurul Liza Jahari
Shaklee Independent Distributor (ID : 1105924)
FB:healthbeautycare4u
IG:healthbeautycare4u
 
Segala pertanyaan anda saya akan layani sebaik mungkin. Dengan Shaklee, Always Safe, Always Works & Always Green. Jumpa lagi!

Catatan Popular