Port Makan Best Di Melaka Dan JB

Assalammualaikum semua..
Sempena mood cuti sekolah ni, saya nak kongsikan beberapa port menarik untuk jalan-jalan cari makan area Melaka dan JB yang saya sempat singgah baru-baru ni. Bagi yang travel dengan anak-anak kecil memang sesuai sangatlah sebab saya pun mengejar masa dan mengejar ragam anak-anak saya hehehe so jjcm sekadar boleh la..tapi alhamdulillah memamg puas hati dengan makanannya.

First kami try coconut milk shake kat pesisir pantai Klebang, Melaka. Ada banyak kedai coconut milk shake area sini, so pilihlah mana yang berkenan. Saya beli kat kedai yang paling hujung, sebab sotong celup tepung dengan udang celup tepung dah memanggil-memanggil ke situ..hahaha


Aiskrim vanilla, air kelapa segar, isi kelapa segar, blended ice memang sesuai benar dalam cuaca panas tepi pantai camni. Sambil layan angin dan udara segar, cuci mata tengok orang main layang-layang, memang relaxing sangat. Memang patut cuba kalau korang dah ke mari. Antara attraction lain kat sini ada BUSTEL (Bus hotel) tapi nampak macam takde orang je..saya pun just passed by sambil cuci mata je.

Pastu kami bergerak ke hotel untuk berehat sebelum sambung perjalanan untuk ke JB esoknya.

Di JB, ada tiga lokasi cari makan yang kami try google. Firstly, Kacang Pool Haji, dekat balai bomba tu. Lokasi senang nak cari just parking je tak banyak sebab kena parking kat bahu jalan je. Kereta kami sampai kena gesel dengan kenderaan warna putih (ada kesan cat putih pada kereta kami). Memang langgar lari la..tapi malas nak pening kepala, buat-buat tak nampak hehehe



Makanan memang sedap kat sini, kacang pool cicah roti bakar. Selain tu ada makanan goreng-goreng gak macam nasi goreng, mee goreng etc. Nasi goreng dia memang terangkat, pedas cili api dengan ikan bilis lagi..memang puas hati. Lontong pun best, ye la makanan johor pun kan..hehehe


Later, kami cari Murtabak Majid Cheese Special kat Jalan Kurniawan. Memang best, ada macam-macam option ikut kesesuaian pelanggan. Kami pilih murtabak kambing dan murtabak daging (lembu). Memang sedap dan lembut. Cukup rasa tak de terlebih cheese ke bawang ke..semua ngam ngam je rasa. Kuar dari area JB tiba-tiba anak sulung tanya "Murtabak ada lagi tak?" alamak..haru!



Kuar dari gerai muratabak, ada satu gerai rojak nama "Bob Rojak Jalan Kurniawan". Trnguk bunting gerai dia macam menarik je, ada rojak buah, rojak cakoi, rojak macam-macam lagi la. Rojak cakoi kami tak pernah beli lagi so apa lagi terus singgah la. Kami tapau rojak buah dan rojak cakoi. Yang best sebab dia letak banyak kacang tumbuk dalam tu. Kuah dia macam petis tu. Memang licin la..hahaha


Lepas tu tinggal satu lagi kami nak singgah, Kedai SupTulang ZZ. Lokasi korang boleh Google or Waze. Tapi yang pastinya mesti korang tak menyesal. Cadangnya nak cari sup tulang merah tapi kat sini takde. Singapore je ada katanya. So try yang ni je memang tak menyesal. Sambal kicap dia pun lagi sedap.


So tu la last destination kami di JB sebelum berangkat pulang ke rumah. Bagi yang nak jalan-jalan ke selatan, boleh la try menu-menu yang saya cadangkan tadi. Ada banyak lagi tempat-tempat menarik, yang penting kena dengan selera korang sekeluarga.

Till then, happy holiday!


Catatan Popular