Sekiranya Anda Pengamal Pil Perancang Keluarga, Anda Perlu Mengetahui Info Ini!

Terdapat  bermacam alternatif merancang kehamilan yang mudah didapati di klinik mahupun farmasi. Antara cara atau method yang menjadi pilihan wanita kebanyakkannya adalah dengan cara mengambil pil perancang keluarga sebagai alternatif merancang kehamilan. Namun korang aware tak, terdapat kesan sampingan lain (selain menjarakkan kehamilan) ke atas badan wanita sekiranya kita mengamalkan pengambilan pil kehamilan dalam tempoh yang agak panjang?



Untuk kali ni saya nak kongsikan kesan jangka masa pendek yang saya sempat baca di beberapa laman web kesihatan.

Keupayaan badan wanita yang mengambil pil perancang untuk menyerap dan memanfaatkan vitamin dengan baik agak terjejas apabila kita mengambil pil perancang kehamilan. Vitamin B6 memainkan peranan penting dalam system pertahan badan melawan penyakit, metabolism protein dan lebih 100 reaksi yang melibatkan enzim dalan badan kita. 


Antara penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh paras Homocysteine yang tinggi dalam badan kita.


Vitamin B6 juga membantu biosintesis neurotransmitter dan mengekalkan paras homocysteine. Homocysteine adalah asid amino yang terdapat dalam darah kita dan sekiranya paras homocysteine tinggi dalam badan kita boleh menyebabkan penyakit berkaitan dengan jantung kita.



Vitamin B6 boleh didapati melalui pemakanan yang sihat dan melalui pengambilan suplemen seperti suplemen Shaklee B-Complex. Namun pun begitu, vitamin B adalah vitamin larut air, dan ianya tidak dapat dikekalkan dalam badan kita dan perlu ditambah melalui suplemen / makanan tambahan. Makanan yang kaya dengan vitamin B adalah : pisang, buah prune, tomato, avocado, kacang garbanzo, sayur cruciferous, walnut, hazelnut, dan kulit ubi kentang. Kebanyakan orang biasa mampu mendapatkan keperluan vitamin B-Complex mereka melalui pemakanan yang sihat sahaja, tetapi bagi wanita yang mengamalkan pengambilan pil perancang kehamilan amat memerlukan pengambilan suplemen B-Complex untuk menampung keperluan vitamin B6 yang meninggi akibat kesan sampingan pengambilan pil tersebut. Melalui pemakanan sahaja tidak mencukupi bagi menampung keperluan vitamin B6 badan kita. Oleh itu kita mudah berasa lesu, letih dan mengantuk akibat kekurangan vitamin B6 ini.


Kebiasaannya doktor akan memberikan konsulatasi kepada pesakit mereka yang mahu mengambil pil perancang kehamilan mengenai kesan sampingan pengambilannya mahupun keperluan lain badan pesakit sekiranya mengambil pil perancang dalam tempoh yang lama. Namun kebanyakkan wanita hanya membeli pil perancang secara terus dari kaunter, yang mana konsultasi amatlah terhad. Ramai yang tidak mengetahui bahawa keperluan badan terhadap vitamin B6 menjadi semakin meningkat dengan pengambilan pil perancang kehamilan.
Kekurangan vitamin B6 juga boleh menyebabkan depression, yang mana ia adalah perasaan “moody” yang kerap dialami oleh wanita yang mengambil pil perancang kehamilan. Lagi satu vitamin B yang terjejas adalah asid folik, yang mana ia boleh menyebabkan meningginya risiko untuk penyakit cervical dysplasia, vascular thrombosis dan stroke.

Sumber:


Catatan Popular