Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Info Ringkas Mengenai Gangrene Yang Kita Perlu Tahu!

Tahukah anda, apakah itu penyakit Gangren?
Penyakit Gangren adalah satu keadaan yang berlaku apabila tisu badan kita mati. Ia disebabkan oleh kehilangan bekalan darah pada tisu badan kita yang mungkin disebabkan oleh keuzuran yang menyebabkan pesakit terbaring lama, kecederaan ataupun jangkitan kuman. Kebanyakan kes Gangren berlaku pada jari tangan,jari kaki dan anggota lain seperti tangan dan kaki, namun Gangren juga boleh berlaku di dalam badan kita dan mengakibatkan kerosakan pada organ dan otot-otot badan kita.


Apakah tanda-tanda awal Gangren?


* Gangren berair (wet gangrene)
Ia selalunya disebabkan oleh luka yang dijangkiti oleh bakteria. Jangkitan kuman menyebabkan gangguan perjalanan darah vena yang mengakibatkan gangguan aliran darah arteri. Keadaan ini menyebabkan kekurangan bekalan darah dan oksigen. Gejalanya, antara lain ialah sakit yang amat sangat, bertambah teruk dengan cepat serta bengkak pada organ terbabit. Setelah jangkitan menjadi semakin serius, sel atau organ yang…