Langkau ke kandungan utama

Info Ringkas Mengenai Gangrene Yang Kita Perlu Tahu!

Tahukah anda, apakah itu penyakit Gangren?

Penyakit Gangren adalah satu keadaan yang berlaku apabila tisu badan kita mati. Ia disebabkan oleh kehilangan bekalan darah pada tisu badan kita yang mungkin disebabkan oleh keuzuran yang menyebabkan pesakit terbaring lama, kecederaan ataupun jangkitan kuman. Kebanyakan kes Gangren berlaku pada jari tangan,jari kaki dan anggota lain seperti tangan dan kaki, namun Gangren juga boleh berlaku di dalam badan kita dan mengakibatkan kerosakan pada organ dan otot-otot badan kita.



Apakah tanda-tanda awal Gangren?



* Gangren berair (wet gangrene)

Ia selalunya disebabkan oleh luka yang dijangkiti oleh bakteria. Jangkitan kuman menyebabkan gangguan perjalanan darah vena yang mengakibatkan gangguan aliran darah arteri. Keadaan ini menyebabkan kekurangan bekalan darah dan oksigen. Gejalanya, antara lain ialah sakit yang amat sangat, bertambah teruk dengan cepat serta bengkak pada organ terbabit. Setelah jangkitan menjadi semakin serius, sel atau organ yang terlibat akan bertukar warna. Dari kemerah-merahan hingga merah gelap atau ungu, rawatan pada peringkat ini tidak boleh dilambatkan.
Tanpa rawatan, wet gangrene boleh menyebabkan renjatan, kuman dalam darah dan kematian dalam jangka masa singkat. Sebagai contoh, jika gangren tersebut berlaku pada jari, kemungkinan untuk melarat hingga ke tangan agak tinggi. Malah, pesakit juga terdedah dengan risiko kematian akibat gangren ini. Rawatan amputasi (pemotongan mesti) dilakukan segera.
Gangren gas, sejenis gangren lain juga dikategorikan dalam kumpulan ini. Namanya diambil sebagai `gangren gas', kerana terdapat gas yang dihasilkan oleh bakteria pada bahagian tersebut. Ia disebabkan oleh bakteria clostridium di mana gangren ini boleh melarat dengan cepat. Gangren jenis ini juga memerlukan rawatan segera, iaitu membuang bahagian terbabit.



* Gangren kering (dry gangrene)

Ia berlaku akibat ketiadaan bekalan darah dari arteri darah pada bahagian-bahagian tubuh yang terlibat. Bagi gangren jenis ini, ia tidak begitu mengancam nyawa, tetapi rawatan awal disyorkan. Bahagian tisu-tisu mati akan musnah dan proses pemulihan akan berlaku yang jelas kelihatan pada garisan sempadan. Ini jelas dapat dilihat dan dibezakan antara tisu yang mati dan tisu hidup. Pada peringkat awal, pesakit mungkin demam dan mengalami kesakitan yang amat sangat. Gangren jenis ini tidak begitu serius jika dibandingkan dengan wet gangrene di mana rawatannya masih boleh ditangguhkan. Biasanya, jangkitan pada gangren jenis ini hanya berlaku setempat.

Apakah yang boleh menyebabkan Gangren berlaku pada badan kita?

a.       Penyakit arteri periferal - Penyakit ini masih merupakan punca utama gangren. Ia selalu terjadi pada kaki. Antara faktor risiko penyakit yang telah lama dikenal pasti ialah kencing manis, merokok, kandungan kolesterol tinggi, hipertensi dan penyakit jantung koronari.

b.      Darah beku - penyumbatan secara tiba-tiba selepas serangan jantung. Darah beku yang masuk ke jantung boleh mengakibatkan berlakunya penyumbatan dalam aliran darah. Darah beku pada vena dalam yang selalu terjadi pada kaki (deep vein thrombosis) juga boleh menyebabkan gangren pada anggota tersebut.

c.       Kecederaan - bekalan darah mungkin terputus secara tiba-tiba akibat kemalangan atau akibat suntikan pada pembuluh darah. Tindak balas suntikan ini boleh mengakibatkan penyempitan pada pembuluh darah. Saluran darah yang mengecut keterlaluan ini mengakibatkan tisu atau sel-sel tubuh tidak mendapat bekalan darah mencukupi.

d.      Frosbite - gangren terjadi pada keadaan yang terlalu sejuk. Gangren jenis ini biasanya tidak merebak ke anggota lain.

e.      Aterosklerosis
Saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Biasanya, keadaan ini terjadi di kalangan warga tua dan mereka yang mempunyai faktor risiko seperti:
·         Pesakit diabetes
·         Paras kolesterol yang tinggi
·         Hipertensi
·         Merokok
·         Penyakit jantung.

f.        Kecederaan
·         Kemalangan termasuklah kemalangan industrial
·         Kecederaan arteri semasa pemeriksaan angiogram atau semasa pembedahan.

g.       Embolism dan trombosis - darah beku yang mengakibatkan saluran darah tersumbat dan mengganggu aliran darah.

h.      Tindak balas ubat-ubatan.
Penyebab gangren dalam situasi ini tidak dapat dikenal pasti dengan tepat. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti zarah inert yang mengakibatkan saluran arteri tersumbat, hablur ubat-ubatan, endarteritis, agregasi platelet, vasospasm dan darah beku dalam vena. Sebagai contoh, gabungan ergotamine (ubat migran) dan antibiotik erythmycin dilaporkan boleh menyebabkan kekurangan darah pada anggota tangan dan kaki.



Apakah tanda-tanda awal pesakit mengidap Gangren?

a.       Pesakit biasanya akan mengadu rasa sakit pada bahagian anggota tubuh yang terlibat
b.      Perubahan ketara daripada warna kemerah-merahan, ia berubah kebiruan dan akhirnya kehitaman. Perubahan ini menyebabkan gangren menghasilkan gas (udara), di mana rawatan segera diperlukan
c.       Demam

Apakah kesan jangka panjang Gangren?

a.       Kematian kekal pada tisu atau sel-sel terlibat
b.      Amputasi
c.       Jangkitan kuman dalam darah (jika dibiarkan tanpa rawatan)
d.      Renjatan
e.      Kematian - terutama gangren yang berlaku pada usus yang dibiarkan.

Rawatan gangren

Amputasi - Pembedahan pemotongan perlu dilakukan pada anggota kaki atau tangan yang terlibat bagi mengelak komplikasi serius seperti jangkitan kuman dalam darah dan kematian.

Rawatan khusus

Jika gangren berpunca dari penyakit arteri periferal, rawatan seperti angioplasti atau pembedahan pintasan akan dilakukan bagi mengelak daripada berulangnya gangren pada jari kaki lain.

Sumber :



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee secara online, boleh terus klik link ini (online shopping!) ATAU hubungi saya di 012-7106550 sekiranya anda mahu mendapatkan cadangan EKSKLUSIF untuk suplemen-suplemen yang sesuai untuk keperluan anda. Jom follow saya di IG @healthbeautycare4u dan FB Page Healthbeautycare4u untuk promosi terkini dari kami!

Catatan popular daripada blog ini

5 Resipi Biskut Raya Paling Ringkas dan Sedap

Salam Ramadhan, semua.
Dah separuh bulan Ramadhan ni, mesti ramai dah mulakan persiapan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam kita teruja unuk menyambut lebaran tahun ini, diharapkan semoga tiada yang membazir dan tidak dilupaka juga kepada mereka yang memerlukan.

Bagi yang berminat nak buat kuih raya sendiri, di sini saya sertakan pautan ke blog-blog yang berkongsi resipi mereka. Selamat mencuba! =D


Biskut Oat
http://hairul.com/blog/resepi-kuih-biskut-raya-tradisional-paling-mudah-dan-best/






Biskut Jejari Roti Coklat
http://www.fieza.net/resepi-biskut-jejari-roti-coklat/





Biskut Arab
http://www.suterakasihyann.com/2011/08/resipi-raya-biskut-arab.html





Biskut Susu
http://www.suterakasihyann.com/2010/08/resepi-biskut-sususimple-recipe.html





Biskut Cornflakes Madu
http://zalinzalina.blogspot.com/2013/08/cara-simple-buat-cornflakes-madu.html

10 Tempat Menarik Untuk Dikunjungi di Kuala Kangsar

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya berasal dari Manong, dalam daerah Kuala Kangsar. Sebagai anak Kuala Kangsar, berbangga rasanya untuk saya mempromosi tempat-tempat menarik di sini. Berikut saya kongsikan 10 tempat menarik untuk dikunjungi di Kuala Kangsar:

1) Masjid Ubudiah


Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. 

Untuk maklumat lebih lanjut, klik pautan ini : https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Ubudiah,_Perak

2) Istana Kenangan / Kuning

Istana Kenangan adalah satu struktur kayu yang menarik di Kuala Kangsar, kini menempatkan Muzium Diraja Perak. Juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas, Is…

5 Sebab Utama Mengapa Kita Perlukan Vitamin B-Complex

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat datang July 2015!
Mesti ramai yang ternanti-nanti produk mana yang ada promo hebat Shaklee bulan ni. Untuk bulan ni, Shaklee menawarkan nilai hebat wang anda untuk produk VIVIX, B-COMPLEX & VITA-LEA FOR CHILDREN!

Untuk entry kali ni saya kongsikan lima sebab utama mengapa kita perlukan vitamin B-complex. Tapi sebelum tu, tahukah anda apa specialnya vitamin B-Complex Shaklee ni berbanding vitamin jenama lain?




Sistem Penyerapan Diaktifkan Secara Bio Berpaten (Patented Bioactivated Absorption System)

B-Complex mempunyai sistem pengedaran nutrisi berpaten untuk memperbaiki penyerapan nutrien kritikalnya iaitu Asid Folik. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian telah membuktikan penurunan kadar risiko wanita hamil melahirkan bayi dengan kecacatan otak atau kecacatan spinal cord. Bukan sahaja wanita hamil, wanita yang merancang mahu mendapatkan zuroat juga amat digalakkan untuk mengambil asik folik ini.


Vitamin B-Complex terdiri daripada himpun…